MAKLUMAN PENTING DARIPADA PEJABAT PELAJARAN DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
(Kemaskini:12 Januari 2010) Klik disini!!!
Perhatian Segera!!!! (Tutup)

Assamualaikum & Salam Sejahtera

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Seberang Perai Selatan.

Jasabaik tuan/puan Pengetua/Guru Besar dipohon agar dapat memberikan perhatian dan kerjasama pada perkara-perkara berikut:-

Menghantar Perkara-perkara berkaitan Prestasi(SSM) 2009 ke pihak PPD seperti ketetapan berikut:-
Tarikh Penghantaran:Mulai 15 Januari 2010 sehingga 22 Januari 2010.
1.Data Prestasi(SSM)-secara online melalui blog e-pengurusan PPD Selatan pada bahagian Pendaftaran/Permohonan/Penghantaran Data "ONLINE" dan klik pada Penghantaran Data Prestasi(SSM)Sekolah Tahun 2010

2.Semua cetakan yang terdapat pada bahagian Menu 'CETAKAN Untuk PPD'
-up:Encik Zaikuan bin Husain(hp:019-4709090)
(Sila tuliskan "BAHAN BERCETAK PRESTASI(SSM)2009" pada bahagian kanan atas Sampul surat.)


3.1 salinan KP dan Buku Akaun bank semua guru dan staf di sekolah.
-up:Encik Zaikuan bin Husain(hp:019-4709090)
(Sila tuliskan "BAHAN BERCETAK PRESTASI(SSM)2009" pada bahagian kanan atas Sampul surat.)

1.Semua sekolah dicadangkan untuk 'menginstal''google talk' ke dalam semua pc(komputer) yang mempunyai capaian internet yang terdapat disekolah.
Seperti cadangan berikut:-
1.Komputer Pengetua/GB
2.Komputer Penolong-penolong Kanan
3.Komputer Bilik Guru
4.Komputer KPT/PT
5.Komputer Guru Data
6.Komputer-komputer lain yang difikirkan perlu
Sila muat turun 'google talk' di sini
Sebarang kemusykilan atau maklumat lanjut sila hubungi
Encik Zaikuan bin Husain(Pegawai ICT PPD Selatan)
No hp:0194709090

2.Mengemaskinikan semua maklumat pada/dalam Fail Sumber Maklumat/data sekolah(Staf(Guru/Bukan Guru/Enrolmen/sekolah dan lain-lain berkaitan Fail Sumber Maklumat Sekolah.Sehubungan dengan itu, pasukan 'audit data' JPN/PPD akan mula bergerak untuk membuat 'audit data' di sekolah tuan/puan MULAI AWAL OGOS sehingga Akhir Tahun.
Lawatan akan dibuat secara 2 strategi.
1.Secara dimaklumkan.
2.Secara Rawak.
Sekolah-sekolah dipohon bersedia.
Sebarang kemusykilan sila hubungi Sektor ICT JPN/ICT PPD

3.Sekolah-sekolah yang mempunyai peralatan ICT perolehan tahun 2002 dan sebelumnya, dinasihatkan agar membuat permohonan pelupusan peralatan tersebut dengan mengemukakan KEW.PA-17 ke Sektor ICT JPN dengan kadar segera.Sekolah-sekolah yang mempunyai kemusykilan, sila hubungi Pegawai Maklumat PPD masing-masing ATAU terus hubungi Sektor ICT JPN.Klik di sini untuk dapatkan Borang KEW.PA-16 dan KEW.PA-17


4.Membuka/membina/mencipta email sekolah untuk tujuan rujukan dan penghantaran bahan dan perkara penting daripada KPM/JPN/PPD(bagi sekolah-sekolah yang belum mempunyai email sahaja.Jasabaik tuan/puan pengetua/Guru besar juga dipohon agar meminta Guru data mengemaskinikan maklumat email sekolah ini dalam aplikasi EMIS.

5.Mengarahkan semua Guru dan Staf di sekolah tuan/puan agar membina(mencipta/membuka) email peribadi bagi tujuan rujukan dan penghantaran Status Pembayaran TNT(Tuntutan-tuntutan yang melibatkan kewangan)Jasabaik tuan/puan pengetua/Guru besar juga dipohon agar meminta Guru data mengemaskinikan maklumat email semua guru dan staf di sekolah tuan/puan dalam aplikasi EMIS

Jasabaik dan kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Wassalam/Salam sejahtera.
Salam Sejahtera.Tuan/Puan Warga Pendidikan.Jasabaik dan kerjasama tuan/puan dipohon agar mendaftar menjadi ahli Forum komuniti ini.Semoga perkongsian maklumat akan dimanfaatkan oleh kita....Terima kasih.


Sudut Maklumbalas/Komen/Pemberitahuan Warga Pendidikan SPS

Assalamualaikum/Salam Sejahtera.

Semua Warga Pendidikan PPD Selatan.

Tuan/Puan,

Ruangan ini dikhususkan untuk tuan/puan membuat makluman, komen dan pemberitahuan untuk tatapan umum.

2. Hanya komen/maklumbalas dan pemberitahuan yang tidak bersifat keterlaluan dan tidak menyalahi etika penggunaan internet sahaja yang akan disiarkan.

Kerjasama dan perhatian tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Wassalam/Salam sejahtera.


Bahan Muat Turun Terkini!!!! [Kemaskini 22/08/2009]
Google Groups
Sertai e-Pengurusan PPD Selatan
Masukkan email(gmail):
Contoh:maklumatppds@gmail.com
Tandatangan Buku Pelawat