Sudut Maklumbalas/Komen/Pemberitahuan Warga Pendidikan SPS
Assalamualaikum/Salam Sejahtera.
Semua Warga Pendidikan PPD Selatan.
Tuan/Puan,
Ruangan ini dikhususkan untuk tuan/puan membuat makluman, komen dan pemberitahuan untuk tatapan umum.
2. Hanya komen/maklumbalas dan pemberitahuan yang dan sahaja yang akan disiarkan.
Kerjasama dan perhatian tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Wassalam/Salam sejahtera.




18 Komen/Maklumbalas/pemberitahuan:
Memohon jasa baik pihak pengurusan PPD / JPN supaya dapat memyediakan borang-borang perkhidmatan seperti pertukaran guru dalam daerah di ruang Download PPD / JPN bagi memudahkan para warga guru mengaksesnya.
Tuan/Puan,
InsyaAllah , pihak PPD akan usahakan permintaan tuan/puan dalam masa yang terdekat.Terima kasih di atas keprihatinan dan kepekaan tuan/puan.
Wassalam
Salam....
Terima kasih di atas kepekaan dan keperihatinan semua pihak mengenai pengemaskinian dan maklumat terkini yang dipaparkan dalam blog PPDS.Teguran dan pandangan semua pihak amatlah diperlukan demi kebaikan bersama.Sekali lagi jutaan terima kasih di atas kepekaan dan keperihatinan pihak tuan.InsyaAllah jika ada perkara penting dan perlu diwar-warkan pihak PPD akan mengemaskini pada bahagian-bahagian yang berkenaan....Wassalam
1. Nama pegawai semasa di PPDS perlu dikemaskini untuk elakkan kekeliruan
2. Mohon email setiap pegawai di PPDS , samada pejabat atau individu
Thank
Assalamualaikun dan selamat sejahtera. Mohon jasa baik PPD/EN MOHD FAUZI supaya tidak menempatkan murid-murid yang dibuang sekolah kerana masalah disiplin atau ponteng melebihi 60 hari ke sekolah yang sama. Ini kerana apabila murid tersebut ditempatkan semula ke sekolah lama, mereka berasa diri mereka hebat, kebal dan mengulangi masalah yang sama. Sepatutnya mereka ini diberi peluang untuk merasai suasana yang baru di sekolah yang baru. Kami mengharapkan pihak PPD tidak akan menghiraukan alasan yang mereka berikan untuk ditempatkan semula di sekolah lama. Terima kasih.
Isu pengisian data EMIS bulan April boleh dilihat pada:
http://www.geocities.com/smksant2002/IsuPengisianDataEMIS_April09.htm
Sekian. Harap maklum.
Tema Hari Guru Tahun 2009
"Guru Pembina Negara Bangsa"
Selamat hari guru diucapkan kepada semua guru dan warga pendidik di daerah Seberang Perai Selatan.
Daripada:
Webmaster SMK Sungai Acheh
http://www.geocities.com/smksant2002
http://smksgacheh.blogspot.com
Utilities EMIS Online Versi 5.1 (Beta) sudah ada. Untuk menggunakan utilities ini langkah yang perlu tuan/puan lakukan adalah:
1. Bina direktory c:\emisonline
2. Muat turun data emis online (32 file)
3. Run program utilities emis online (program ini akan mengimport 31 file sahaja)
Selamat berjaya dalam menyemak data EMIS on-line.
Portal Baru Bagi EMIS On-line
http://apps.moe.gov.my/emisportalbaru/
Harap Maklum.
Dainuri Mohd Ramly
Guru Data
SMK Sungai Acheh
http://smksgacaheh.blogspot.com
Salam.
Cikgu Dainuri, Terima kasih di atas pemakluman yang dibuat.
Wassalam
Salam Ramadhan...
Aplikasi Emis 4.1a telah ditamatkan perkhidmatan...(Pulau Pinang)
Maka guru-guru data akan menguruskan data Online sahaja mulai 1 September 2009.
Semoga data dapat dikemaskini dengan sempurna dan tepat.
Terima kasih, atas makluman ini...
DATA EMIS 5.1 ON-LINE
Merujuk kepada perkara di atas, didapati terdapat perubahan kod pada Ketua bidang dan Guru Data hendaklah mengemaskinikan data baru ini dan masukkan Ketua Bidang ke dalam norma perjawatan.
Ketua Bidang Bahasa - KBBH
Ketua Bidang sains dan mat - KBSM
Seorang murid perempuan tahun 3 dari negeri lain dalam Malaysia telah dimasukkan tanpa daftar di Sekolah Kebangsaan Seri Tasik Spg Ampat.Sebenarnya murid ini dilarikan oleh datuknya Mat bin Salleh No.2 Taman Tasik Maju Spg.4 dari jagaan bapanya.Satu laporan polis telah dibuat dan urusan guaman untuk tindakan seterusnya sedang dilakukan oleh waris..Murid ini telah didaftarkan pertukaran kesekolah lain. Semua dukumen pertukaran berada pada waris dan peguam.Dapat pihak PPD menasihati sekolah berkenaan supaya tidak melibatkan dalam kes rumah tangga ini.
Salam tuan..
Memohon jasa baik pihak pengurusan PPD... saya ingin kepastian, dimanakah perlu pihak sekolah hubungi untuk dapatkan sambungan lesen perisian Antivirus yang telah tamat (Kaspersky).
InsyaAllah pihak PPD akan cuba hubungi pihak yang berkenaan, mengenai sambungan lesen antivirus tersebut.Pihak PPD akan maklumkan dengan segera setelah mendapat kepastian.Harap pihak tuan bersabar.
assalamualaikum
saya ingin bertanyakan bagaimana cara untuk memohon jawatan sebagai guru sandaran tidak terlatih (GSTT) atau guru ganti. Untuk makluman, saya adalah lepasan diploma pendidikan pengajian prasekolah di universiti industri selangor.
Tuan/Puan/Saudara/i,
Untuk memohon GSTT sila berkunjung ke Pejabat Pelajaran berdekatan dan dapatkan borang daripada kaunter...lain-lain persoalan juga boleh ditanya...Harap tuan/puan/saudara/i maklum dan berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.Pihak PPD sedang cuba untuk meletakkkan borang sama ada secara manual atau online sedikit masa lagi... jika ini berhasil, tuan/puan/saudar/i tidak perlu datang ke PPD cuma muat turun, isi dan hantar ke PPD yang berdekatan sahaja..Terima kasih.
Post a Comment